Minggu, 20 Juni 2010

Jumat, 18 Juni 2010

Basiyuni Imran Maharaja Imam Sambas

INDAH nian, sekiranya kira merenung dan menghayati liku-liku sejarah keperibadian ulama. Yang lalu belum tamat, disambung pula dengan ulama Sambas, Kalimantan, Indonesia dalam artikel ini. Pada 1963, ketika saya mengembara di Jawa, saya membeli buku berjudul, Mengapa Kaum Muslimin Mundur dan Mengapa Kaum Selain Mereka Maju yang diterjemah oleh K. H. Munawar Chalil daripada karya Amir Syakib Arsalan. Sejak itu nama Syeikh Muhammad Basiyuni Imran Maharaja Imam Sambas mulai terpahat pada ingatan saya.

Betapa tidak, kerana buku itu disusun adalah sebagai jawapan daripada pertanyaan ulama Sambas itu yang ditujukan kepada gurunya Saiyid Rasyid Ridha. Judul asli dalam bahasa Arab Limaza Taakhkharal Muslimun, wa limaza Taqaddama Ghairuhum? Tiga tahun kemudian, tepatnya pada 1966, di Kepulauan Riau saya mulai bergaul dengan adik ulama itu iaitu Pak Hifni Imran, salah seorang pejuang kemerdekaan Indonesia.

Beliau pula memiliki banyak ilmu hikmat untuk berdepan dengan musuh. Pada 1968 – 1969 sebelum saya bertemu dengan Syeikh Muhammad Basiyuni Imran saya telah menemui dua orang adik beliau ialah Haji Maaz Imran, seorang ulama, dan adiknya yang bongsu Haji Muhammad Zuhdi Imran, juga ulama, ketika itu sebagai Kepala Kantor Jabatan Agama Kabupaten Sambas, Kalimantan, Indonesia. Haji Muhammad Zuhdi Imran adalah seorang yang fasih berbahasa Arab, ahli pidato dan luas pergaulan.

Sewaktu beliau melantik Penghulu-Penghulu Nikah di Kecamatan Tebas, bertempat di Kampung Tekarang, ketika itu saya sempat tidur sekatil (satu tempat tidur) dengan beliau. Setelah menyebut nama adik-beradik beliau yang sempat saya wawancara, maka sebelum membicarakan hal-hal yang lain di sini saya sebut nama lengkap beliau ialah Syeikh Muhammad Basiyuni Maharaja Imam bin Syeikh Muhammad Imran Maharaja Imam bin Syeikh Muhammad Arif Maharaja Imam bin Imam Nuruddin bin Imam Mushthafa as-Sambasi. Lahir di Sambas, Kalimantan, Indonesia pada 23 Zulhijjah 1300 H/25 Oktober 1883 M. Tarikh wafat 29 Rejab 1396 H/26 Julai 1976 M.

Pada satu hari Jumaat, tahun 1970, saya berdua dengan Pak Abdul Ghani, waktu Dhuha, Syeikh Muhammad Basiyuni Imran seorang dirinya saja, rupanya ulama besar Sambas tersebut telah berada dalam Masjid Jamik Sultan Sambas. Ketika itu beliau duduk mentelaah kitab. Kami berdua terpaku, kagum, sukar menjelaskannya dalam artikel ini. Sungguh hebat dan berwibawa caranya duduk, caranya berpakaian, semuanya menarik.

Ketika itu umur beliau hampir 90 tahun, namun wajahnya berseri-seri apatah lagi kulit beliau putih kekuningan langsat menghiasi susuk tubuh yang berjubah putih, kepala dililit dengan serban, semuanya dengan rapi dan bersih. Melihat kami datang beliaulah yang terlebih dahulu mengucapkan salam. Setelah berkenalan sejenak kami berdua mohon beliau membaca kitab yang ada di tangannya, kerana kami ingin mengambil berkat. Walau pun yang mendengar hanya kami berdua beliau tidak keberatan memenuhi permintaan kami.

Lafaz Arabnya beliau baca, langsung diterjemah dan ditafsirkannya ke bahasa Melayu Sambas. Menjelang Jumaat orang bertambah ramai sehingga azan barulah beliau berhenti membaca kitab. Syeikh Muhammad Basiyuni Imran juga menjadi imam Jumaat pada hari itu, bertambahlah kagum saya terhadap ulama Sambas tersebut, kerana bukan parasnya saja yang cantik, rupanya suara dan bacaannya sangat merdu dan sedap didengar telinga. Tidak dapat saya bayangkan, kerana hingga saya menulis artikel ini apabila saya teringat peristiwa yang bersejarah ini masih terkesan dan tercari-cari bunyi bacaan yang demikian itu. Padahal saya pernah menjadi makmum sembahyang Jumaat mengikut Syeikh Muhammad Basiyuni Imran hanya dua kali. Yang sekali lagi di Masjid Gang Wan Sagaf Pontianak.

Baik pertemuan yang pertama di Sambas mahu pun yang kedua di Pontianak bagi saya memang ada kesan yang tersendiri. Yang saya ceritakan ini adalah yang sebenarnya bukan atas ketaksuban. Haji Agus Salim, Buya Hamka dan Prof. Dr. Kahar Muzakkir, ketiga-tiganya orang-orang yang hebat belaka, mereka mengakui ketinggian ilmu yang dimiliki oleh ulama Sambas tersebut. (Lihat Riwayat Hidup dan Perjuangan Maharaja Imam Sambas, oleh Machrus Effendy, P.T Dian Kemilau, Jakarta, 1995, hlm. 16.)

Pendidikan

Syeikh Muhammad Basiyuni Imran mendapat pendidikan awal dan asas selama 10 tahun dari ayahnya sendiri, Maharaja Imam Muhammad Imran dan ayah saudaranya Khathib Muhammad Jabir. Ayah dan ayah saudaranya itu adalah anak ulama besar Maharaja Imam Sambas yang pertama, ialah Haji Muhammad Arif. Sejak Muhammad Basiyuni dilahirkan ayahnya telah ada firasat berdasarkan tanda-tanda, bahawa anak yang dilahirkan itulah yang akan meneruskan riwayat datuk neneknya yang menjadi ulama dalam kerajaan Sambas. Oleh hal yang demikian itulah kedua adik beradik tersebut tidak melalaikan diri memberi pendidikan khusus tentang ilmu-ilmu Islam selama sepuluh tahun kepada Muhammad Basiyuni.

Syeikh Muhammad Basiyuni Imran melanjutkan pendidikan di Mekah tahun 1320 H/1902 M hingga tahun 1325 H/akhir tahun 1907 M. Ramai gurunya di Mekah di antaranya termasuk Syeikh Ahmad Khathib al-Minankabawi dan Syeikh Ahmad al-Fathani. Bererti Syeikh Muhammad Basiyuni Imran sempat belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani sekitar lima tahun saja. Keberangkatan beliau belajar di Mesir adalah setelah kewafatan Syeikh Ahmad al-Fathani, 11 Zulhijjah 1325 H/14 Januari 1908 M, riwayat ini hampir sama dengan kisah Tok Kenali pulang ke Kelantan dan Syeikh Sulaiman ar-Rasuli pulang ke Minangkabau dalam tahun yang sama. Syeikh Muhammad Basiyuni Imran masuk Universiti Al-Azhar, Mesir agak kemudian dari Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi dan Syeikh Muhammad Nur al-Fathani. Hanya dua tahun saja Syeikh Muhammad Basiyuni Imran belajar di Universiti Al-Azhar, iaitu dari 1327 H/1909 M hingga 1329 H/1911 M. Setelah itu selama setahun, 1330 H/1912 M, melanjutkan pelajaran di Madrasah Darud Da’wah wal Irsyad, iaitu pendidikan yang diasaskan oleh Saiyid Muhammad Rasyid Ridha.

Setakat ini karya Syeikh Muhammad Basiyuni Imran yang ada dalam simpanan saya hanya sembilan judul. Sungguhpun demikian belum dijumpai karya ulama yang berasal dari Sambas lebih banyak daripada karya beliau. Jadi bererti Syeikh Muhammad Basiyuni Imran adalah ulama Sambas yang terbanyak menghasilkan karangan. Senarai karya Syeikh Muhammad Basiyuni Imran ialah:

1. Bidayatut Tauhid fi ‘Ilmit Tauhid, diselesaikan di Sambas, hari Rabu, 13 Jamadil Akhir 1336 H/27 Mac 1918 M. Membicarakan akidah merupakan petikan dari kitab Al-Jawahir al-Kalamiyah oleh al-’Allamah asy-Syeikh Thahir al-Jazairi, kitab Kalimah at-Tauhid oleh al-’Allamah asy-Syeikh Husein Wali al-Mashri dan kitab Kifayah al-’Awam. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura, awal Muharam 1344 H.

2. Cahaya Suluh Pada Menyatakan Jumaat Kurang Daripada Empat Puluh, diselesaikan di rumah penulisnya, Kampung Dagang Hulu Sambas, maghrib, malam jumaat, 2 Safar 1339 H/14 Oktober 1920 M. Kandungan membicarakan pertikaian pendapat (khilafiyah) tentang syarat-syarat mendirikan sembahyang jumaat. Membahas tentang mengulang sembahyang Zuhur sesudah sembahyang jumaat (sembahyang mu’adah), dll. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ikhwan, 74 Arab Street, Singapura, 1340 H.

3. Tazkir Sabilin Najah fi Tarkis Shalah, judul dalam bahasa Melayu oleh pengarangnya ialah Jalan Kelepasan Pada Mengingati Orang Yang Meninggalkan Sembahyang, diselesaikan di Sambas, hari rabu, 9 Rabiulakhir 1349 H/3 September 1930 M. Setelah tamat pada bahagian akhir ditambah pula terjemahan tulisan Saiyid Muhammad Rasyid Ridha yang terdapat dalam Al-Manar, juzuk yang pertama daripada majalah 31. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura.

4. Khulashatus Siratil Muhammadiyah disebut dengan judul yang lain Haqiqat Seruan Islam, diselesaikan 20 Jamadilakhir 1349 H/11November 1930 M. Terjemahan karya Saiyid Muhammad Rasyid Ridha tentang sejarah Nabi Muhammad s.a.w., cetakan yang pertama, Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 1351 H/1932 M.

5. Husnul Jawab ‘an Itsbatil Ahillati bil Hisab diselesaikan pada 6 Ramadan 1352 H/23 Disember 1933 M. Membicarakan hisab anak bulan untuk melakukan puasa dan hari raya. Dicetak oleh Maktabah az-Zainiyah, Penang, 1938. Diberi Kata Pengantar oleh Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi.

6. Irsyadul Ghilman ila Adabi Tilawatil Quran diselesaikan hari Ahad, 5 Syawal 1352 H/21 Januari 1934 M. Membicarakan persekitaran pembacaan al-Quran. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, 15 Zulhijjah 1352 H/31 Mac 1934 M.

7. Durusut Tauhid As-Saiyid Muhammad Rasyid, diselesaikan pagi jumaat, 20 Rejab 1354 H/18 Oktober 1935 M. Membicarakan ilmu akidah merupakan terjemahan dari karangan gurunya Saiyid Muhammad Rasyid Ridha. Pada mukadimah, Syeikh Muhammad Basiyuni Imran menceritakan riwayat ringkasnya. Bahawa antara tahun 1329 H/1911 M – 1330 H/1912 M, beliau belajar di Madrasah Darud Da’wah wal Irsyad yang didirikan oleh Saiyid Muhammad Rasyid Ridha. Beliau telah belajar langsung kepada ulama tokoh tajdid itu. Salah satu sebab menterjemah karya gurunya itu setelah dapat berita gurunya meninggal dunia. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, tanpa dinyatakan tarikh.

8. Nurus Siraj fi Qishshatil Isra’ wal Mi’raj, diselesaikan sesudah sembahyang jumaat, 23 Jamadilakhir 1357 H/19 Ogos 1938 M. Membicarakan Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w.. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 101 Jalan Sultan Singapura, tanpa dinyatakan tarikh.

9. Khutbah Jumaat, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha Dan Gerhana. Membicarakan Khutbah Jumaat dan kedua-dua hari raya semuanya ditulis dalam bahasa Arab dan khutbah gerhana ditulis dalam bahasa Melayu. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan Singapura, tanpa dinyatakan tarikh.

Pandangan

Mukadimah artikel ini dimulai dengan kenyataan Islam dikatakan mundur atau terkebelakang daripada umat lainnya, demikianlah yang dipercakapkan oleh ramai orang Islam sendiri hingga sekarang. Saya mempunyai pandangan sebaliknya bahawa umat Islam adalah maju daripada umat lainnya.

Yang saya maksudkan ialah bahawa seseorang yang ditakdirkan lahir dalam Islam bererti sudah kurniaan Allah yang paling besar dan berharga. Setelah dipeliharanya Islam dan beriman ia dapat menilai dan memilih kemajuan mana yang diredai Allah atau dikutuk, bererti ia akan lebih maju lagi. Kemajuan tidak dapat diukur dengan teknologi saja. Seseorang peribadi atau sesuatu bangsa yang dikatakan maju membuat senjata pembunuh sesama manusia dan perosak seluruh alam bererti biadab dan mundur ke belakang kerana kembali ke zaman primitif.

Oleh itu ditinjau dari segi moral, umat Islam adalah jauh maju ke hadapan dalam semua zaman dulu, kini dan akan datang. Orang Islam yang mundur hanyalah penyokong-penyokong kebiadaban yang dilakukan oleh manusia-manusia biadab.

Kejangallan (Cinte si Bujang)

Waktu iye ari udah gallap inyan, ndak nampak ape ape di luar, urang pun dah balik dari surau laka’ sembahyang ise. Riuh randah kampong mun dah waktu malam daan agi kedengaran, urang seko’ seko’ na’ang nang ngelintau ngelintau di lorong, iye pun paling urang nang nak mbali nyak tanah, barang jak dirumahnye nyak tanah dah nak abis, pelitenye pun kisap-kisap nak mati. Ujan tang masih ballom beranti, tang masih kedangaran bunyi nye di atap daun rumah, ballom beranti lalu be dari bahari. Padehal Bujang dah bekammas, cari dah aksi lalu, rambutnye nang ikal mengkilat pakai minyak makan, maklumlah mun daan pakai minyak makan rambut Bujang jak ngerabba’ macam nak tembalui. Bujang bejalan kulu kile’, sekali-sekali mantau ke lorong dari lubang dinding rumahnye, laka’ iye dah kulu kile’ agi, care dah karap inyan lalu lalang dapan uma’ nye. Uma’nye ngerauk, “kau tue’ be nak jadi ape, tang rupe nak mbuang tabiat, kulu kile’kulu kile’ dapan rang tue, ibueh aku melietnye”. “Kau nak kemane rati-ing, ujan bahari tadi seagi-agian labat, daan kau liet lorong nang macam lumpur ye”. “Kau dah makan ke ballom?”. Bujang nyaut, “ballom makan ma”. Lansung aja’ uma’ ang nyambar dangan kerepekan nye nak siage-agean nyaring, “Kappa’-kappa’ aku berapi, tang alu daan nak makan be biak itue’ e…, daan nyaman agi ke nasi ee, tang cerite na’ ngerayau naang. Simari madahkan minta bakarkan ikan masing, yo dah ku bakarkan ye, makan lah, kala’ abang mu radak, abang mu ja’ siagi’ agi’an salak ee, tau ndak die rati urang laing ballom makan


Angin tang mangkin kancang, atap rumah Bujang tebabak sekali-sekali. Dalam ati Bujang ngomong sorang, “ujan to’ be tang daan ngerati ngan urang nak magii’ muhabbat, mun nak ujan usah lah kanda’ ang malam ahad to’, malam sannin ke gayye be kanda’ nye”. Bujang, nang umurnye baru anam ballas tangah taun pas bulan sappar itu, temannong bantar. Kak ye abang nye nang paling tue, nang tige taon diatas Bujang, naggor Bujang, “Jang, kau tang care dah terigas inyan malam ito’ kau na’ paggi ke rumah Adeng ke?” Bujang lansung njawab, “Heh abang to”. Daan sangka’ sangka’ rupenye kedangaran leh umma’ ang nang agi mbakar perabun di dapur. Lansung aja’ lah umma’nye nyeragah, “Oiii, na’ kemane? Na’ ke rumah si Adeng, anak Mat Kuncup ye ke?” lansung agi abang nye nambahee “Auk lah mak, rumah nak dare nang paling terigas dikampung kite tu’ e, tau ke umma’ e, muke nye care dah bagus ma’ bujur macam nak tallor itik tongpan, kulik nye putih macam kapur barus, nang rumah ang antul seleko ye”, daan ade agi lah umma’ ang, lansung aja ngerauk, “Kau Jang, baru aja dua ahad itoe’ lakak besunnat udah tau nak becinte cinte, nak kau beri makan ape anak urang ye, kassal aku ngan biak kini to’ e” Bujang diam, nang nyaut anak abangnye tikajjut ndagar nek uwan nye kerauk kepadau. Sambil ngipak anaknye, abang si Bujang nambahe agi, “Biase lah mak, name nye aja urang bujang

Lalu datang lah ayahnye dari ngajari biak ngaji di surau, lansung aja ngomong, “kita’ tuk be nak beranak care dah ingar, sampai nak serampah ndangarnye”. “Bujang ye be bang dah jadi rang bujang inyan, anak kite”, ma’ ang nyaut. “ngape udie”, nye ayah nye. “Ye be dah pandai nak be roman roman” ma’ ang agie’ nyaute ayah nye. Ayah Bujang lansung enconome Bujang, kak ye ngomong, “Jang, kau be masih sikolah, kappa’ kame’ incare kan kau duit nyekolah kan kau jauh jauh dari kampong kite to’, sape lah nak kame arap kan age’ abang mu, ja’ sampai ngan kalas lima’ naang, barang ja’ ge’ dolo’ care dah susah lalu nak incare duit, gattah care dah murah lalu, nak jual padi, ja’ cukup angan makan naang, jadi be battol battol sikit kelakuan ye, mun kala’ kau jadi pegawai keraje kantor ja’ ntuk kan kau jua ye be” panjang lebar ayahang nyeramahe si Bujang. “auk be yah auk” Bujang nunduk mati kuttu ngan ayahang. “kau dah simbayang ise eke Jang, tang sean ayah liet kau di surau tade’” ayahang betanya ngan Bujang. “dah lakka’ be yah, tade’ tang rase jarreh nak ke surau, lorong ye be tang lecet inyan, jadi tade simbahyang ngan umma di rumah” Bujang nyaut. “Kau, mun nak paggi ke surau tang ade tolen alasannye, mun nak ngerayau ribut pattir daan kau dulikan” ayahang rase nak marah. Kak ye, dah bemakanan semuenye ke” ayahang betanya’. “Aku lakka’ simbahyang ngarrib tade’ jamman dah lakka’ mane be berujan beribut di ume, lakka’ nye tang ase ke buluran” nye uma’ ang. Sambil ngise’ pelite ngan nyak tanah, Bujang ndangar lagu dangdut dari radio rumah urang siballah, Bujang temannong agi, antare kedangaran ngan indak ditambah agi bunyi rintik di atap rumah, Bujang khoso’ ndangarkan lagu iye “Hujan di malam minggu, Engkau tak datang padaku, terkattung katung aku menunggu, aku menyanyi lagu merana. Katanya gunung akan kau daki lautan luas engkau sebrangi, tapi mengapa karna hujan saja engkau takut dan batalkan janjimu” “Jang, Jang, Jang, oooooo Jang” umma’ ang ngerauk age’. “Oiii, ngape be ma’” nye Bujang. “Yo, ayah mu ngajake makan, ade tade umma’ njantue’ jarring balik dari ume, tapi sambal belacan usah nak kau abisi, ayah mu isuk nak nyaur die nak puase bayar niat, gih makan aja, sodah dah be nak ngerayau nang ari ujan tuk e” nye uma’ ang. Jadi, makan lah tige mianak, ceritenye. Duduk diatas tikar bujang disamping abangnye, kak ye ayahang didepan anak nye bedua ye. Umma’ ang agi ngaut nasi, masukan gulai keladi campur midding kedalam mangkuk. Waktu makan, sean diantare nak beranak ye nang singomongan. Lalu tibe-tibe abang si Bujang tang rase na’ daggil, “Jang kau kan dah be sunnat, dah suah kau tarrai ke ye” sambil mbisike Bujang. Daan disangka’ sangka’ rupenye ummanye ade dibelakang ndangar ape nang dibisikan abang si Bujang. “Oooooo, Den, ngomong ape kau Den ngomong ape kau ngan ade’ mu yee. Usah nak cobe cobe mun ballom waktunye usah nak cobe cobe, nak masuk api nerake ke ape kita’ tuk, ndak rele dunie ahirat anakku kerajaan macam iye, ooo Den ooo Den usah na’ pongah macam iye usah nak macam iye, daan boleh daaaan boleh, kala’ diselalukan antu” umma’ ang ngerauk age’. “Daan be mak, aku mongahe Bujang ye be naang, daan singinnyan” si Uden ngomong Ndangar uma’ang ngerauk, Bujang care dah tikajjut. Kak ye, Bujang: O ma’ o ma’ tullong ma’ ae’ ma’ ae’ ma’ Umma’: ngape Jang ngapeee? Bujang: Jaring ma’ jarriiiiing Umma’: Jarring ngapee? Bujang: aku kejangngalan jarring, maaaa’ tullong maaa’ Umma’: nungging kau nungging (umma’ ang latah) Ayah: ngape tang alu nungging ude’ be, ae be ae Lakka’ minnum tang ballom jua titallan jarring ye Uden: “sunsangkan sunsangkan, taggum belakangnye ye taggum Bub bub bub” Uden naggum belakang ade’ nye. Ahirnye tallus jua jarring kedalam parrut Bujang. Lakka’ iye ayahang ngomong” Kau be Den mun na’ pongah, bagus bagus sikit lah nang jadi pongahan ye. Usah nak barang-barannye, pongah cerite umme ke, cerite kabbon ke, jauh labbih bagus. Itue’ tang pongah cerite ma’siat gayye daan boleh be daan boleh, tang daan lalu takut dangan Allah be auk be yah, ja’ pongah daan singaje tade’ ye be” Uden kesupanan. “Isuk isuk usah nak gayye age” ayahang nyambung. Lakkak makan, Bujang mantau age’ ke luar, ujan tang daan jua beranti. Kak ye, Bujang ambe’ keputusan dalam atinye, “mun gayye no go’ aja’ lah dirumah” dirumah lah malam itue, ujan pun tang masih ballom nak beranti, mulut pun dah bau jarring” sambel ngambuskan napasnye ke tangannye. “mmm, care dah bau inyan di jarring gassa’ nye be iiii” dalam atinye. “mun gayye kite minggu dappan diiii betammu age’ Deng Deng

Rabu, 16 Juni 2010

Sange Tebat, Teluk Keramat, Sambas

Sange Tebat merupakan salah satu nama desa di Kecamatan Teluk Keramat, Kabupaten Sambas. Dilihat dari namanya, berdasarkan cerita rakyat setempat, nama Sange Tebat merupakan nama yang mewakili posisi dari desa ini. Sange merupakan nama dari sebuah sungai yang mengalir tepat di tengah-tengah desa ini, sementara itu, Tebat dalam bahasa Melayu setempat berarti hulu dari sebuah sungai. Jadi, jika diterjemahkan secara langsung, Sange Tebat mungkin berarti Desa yang Terdapat di Hulu Sungai Sange.

Jika ditinjau dari nama-nama desa di sepanjang Sungai Sange, Sange Tebat bukanlah satu-satunya Desa yang namanya berawalan kata Sange. Ada sekitar 7 wilayah yang memiliki nama asli dengan berawalan Sange, yaitu Sange Mangge, Sange Bakau, Sange Kelampai, Sange Duyung, Sange Kaliampuk, Sange Bindang, dan tentu saja Sange Tebat. Empat Sange yang namanya tersebut terakhir, yaitu Sange Duyung, Sange Kaliampuk, Sange Bindang, dan Sange Tebat itu sendiri, merupakan bagian yang secara administratif digabung dengan Desa Sange Tebat.

Desa Sange Tebat berjarak kira-kira 15 kilometer dari kota kecamatan Teluk Keramat, Sekura. Jarak itu bisa ditempuh selama 30 menit dengan sepeda motor, dan berjarak 3 kilometer dari jalan beraspal terdekat.

Pada tahun 2008, diperkirakan Desa Sange Tebat memiliki sekitar 4350 jiwa penduduk, dan juga menempatkannya menjadi wilayah terpadat penduduknya di wilayah Daerah Aliran Sungai Sange. Penduduk di Desa Sange Tebat sebagian besar merupakan Suku Melayu (93%), yang bertutur Bahasa Melayu dialek DAS Sange (karena dalam beberapa hal berbeda dengan Bahasa Melayu dialek Sambas), diikuti Suku Jawa (5 %) dan suku bangsa lain (2 %).

Dalam bidang pendidikan, Desa Sange Tebat patut berbangga karena menjadi tempat berdirinya SMP Negeri 8 Teluk Keramat, yang juga lagi-lagi, merupakan satu-satunya Sekolah Menengah Pertama yang berada di DAS Sange. Di Desa Sange Tebat juga berdiri 3 SD Negeri, yaitu SD Negeri 13 Sange Tebat, SD Negeri 14 Sange Kaliampuk, dan yang terakhir adalah SD Negeri 23 Sange Duyung.

Salah satu masalah yang dihadapi desa ini adalah di Desa Sange Tebat belumlah memiliki jalan dengan status beraspal. Semua jalan di sepanjang Desa ini baru berupa jalan rabat beton yang kekuatannya sangat diragukan. Berhubung tingginya mobilitas dan jumlah penduduk pengguna jalan, tidak pelak lagi jalan rabat beton yang merupakan proyek pemerintah, dalam satu bulan saja sudah mengalami rusak berat. Tidak heran jika musim penghujan, jalanan Desa Sange Tebat berubah jadi kubangan lumpur, sehingga terus-menerus menghambat kegiatan masyarakat.

Pencanangan Reformasi Birokrasi

Pendaftaran SMA sederajat dan JAMKESDA (Jaminan Kesehatan Daerah) di geratiskan diungakap Bupati Sambas Ir. H. Burhanuddin A Rasyid pada saat Pencanangan Reformasi Birokrasi di Lingkungan Pemerintah Kabupaten Sambas tahun 2010-2025 di Balairung Sari Rumah Dinas Bupati Sambas, Rabu (16/6), yang di hadiri Ketua DPRD Kab. Sambas H. Mas’ud Sulaiman, Ketua Pengadilan Negeri Sambas yang baru, Efendi Mukhtar, SH, MH, Kepolres Sambas, Angota DPRD Sambas, Sekda Sambas, para Asisten, tokoh masyarakat dan SOPD di Lingkungan Kabupaten Sambas

Burhanuddin dalam sambautanya mengatakan di tahun ini tamat SMP sederajat kelulusannya meningkat dari tahun kemaren. Tapi menjadi kendala, terangnya banyak anak SMP untuk melajutkan sekolah ke SMA tidak mencapai 100 persen karena banyak masyarakat tidak mampu untuk meyekolahkan anaknya , ucap bupati. untuk itu Bupati Sambas selaku Kepala Pemerintah Daerah berkomidmen untuk mewujudkan reformasi birokrasi menggeratiskan uang pendaftaran untuk masuk SMA sederajat baik negeri maupun swasta dan JAMKESDA. “sesuai dengan pembahan Pandangan Umum DPRD Sambas anggota dewan setuju Jamkesda bagi pelayanan kesehatan untuk kelas 3 di deratiskan ditanggung oleh pemerintah,”terang bupati.

Bupati menjelaskan pencanganan reformasi birokrasi dilaksanakan dalam rangka mewujutkan Tata Kelola Pemerintahan yang baik “good gevernance”. “bahwa diketahui RPJM Pemerintah Nasional bahwa ada sebelas program pembangunan termasuk tata kelola pemerintahan itu semua tergantug birokrasi kalau tidak adanya reformasi roda pemerintahan begitu saja atau tidak ada hari tanpa demo kalau tidak melakukan perubahan,”ujar bupati.

Lebih lanjut mantan Kepala Dinas Pertanian mengungkapkan pemerintah merupakan pelayan masyarakat bukan minta dilayani, ucapnya. Ia bertanya apakah pelayanan birokrasi sudah baik. Bupati dilihat dari media masa birokrasi indonesia terjelek nomor dua dari india. “kita lihat masih banyak publik belum puas hasil kerja pemerintahan, seperti Bupati mencontohkan banyak masyarakat sms ke saya seperti masalah jalan, KTP, angkutan dan pelayanan publik. Untuk itu Bupati mengharapkan SOPD mengambil bagian dari perangkat pemerintah paling bawah sampai pusat untuk mereformasi birokrasi dalam upaya untuk melakukan perubahan, kemajuan dan tata kelola pemerintahan yang baik,”paparnya.

Binaan Rutan Sambas Dapat Program Penanggulangan HIV & AIDS

PMI Kab Sambas kerjasama dengan Dinas Kesehatan Kabupaten Sambas dan PKK Kab Sambas adakan program penanggulangan HIV&AIDS bagi seluruh binaan Rutan Klas II B Sambas. Program penting bagi seluruh masyarakat, tidak terkecuali warga binaan Rutan Sambas. Dengan bertujuan seluruh warga Rutan mengetahui bahaya virus ini, siapa saja yang beresiko tertular dan bagaimana HIV dapat tertular serta bagaimana cara mencegah penularannya. Acara yang berlangsung semarak dihadiri langsung Ketua Tim Penggerak PKK Kabupaten Sambas, Ketua Adat Budaya Melayu Sambas, Ketua PMI Sambas, Kepala Askes Kab Sambas, Kepala Rutan Klas II B Sambas, perwakilan Departemen Agama Kab Sambas, Klinik VCT Cahaya Pemangkat, KPAI Kab Sambas, serta seluruh warga binaan rutan dipusatkan di ruang serba guna Rutan Sambas, Rabu (16/6)

Melalui program ini warga Rutan dapat menuangkan ide dan kreasinya melalui lukisan atau dekorasi kamar tentang bahaya dan penanggulangan HIV & AIDS yang di nilai langsung oleh PMI Kab Sambas, Ketua Adat Budaya Melayu Sambas serta Tim Penggerak PKK Kab Sambas. “ Warga rutan dapat membuat berbagai macam tema untuk mendekorasi kamarnya, penilaian tidak hanya dilihat dari kebersihan kamar dan aktifitas mereka saja tetapi juga kreatifitas mereka dalam mendekorasi kamar agar terlihat serasi” ujar Ny Husein, salah satu tim penilai lomba

Ketua Tim Penggerak PKK Kabupaten Sambas Ny Hj Naskah Burhanuddin SSos dalam kesempatannya memberi bantuan berupa dua unit mesin jahit serta bibit sayuran untuk warga binaan Rutan Sambas. “ Saya meminta agar warga binaan dapat memanfaatkan bantuan PKK Kab Sambas berupa mesin jahit untuk membuat kerajinan, misalkan selimut dari kain perca ataupun kerajinan yang lainnya dan dapat memanfaatkan bibit sayuran dengan baik” pesannya yang disambut gembira seluruh warga rutan Sambas.

Jumat, 11 Juni 2010

Pemkab Gelar Sosialisasi HAM terhadap Perlindungan Anak



Pemerintah Kabupaten Sambas mengelar Sosialisasi Hak Asasi Manusia (HAM) terhadap perlindungan anak sebagaimana implementasi dari unadang-undang 23 tahun 2002 yang dibuka langsung oleh Staf Ahli Bupati Sambas Bidang Hukum dan Politik, Cifni B, S.Sos di Aula Gedung Diklat Sambas, Kamis (10/6). Kegiatan Sosialisasi HAM yang dikoordinir oleh Kantor Wilayah Kementrian Hukum dan HAM Kalimantan Barat bersama dengan Bagian Hukum dan Perundang-Undangan Setda kabupaten Sambas.

Chifni membacakan sambutan Bupati Sambas mengatakan setiap negara kita menjamin kasejahteraan terhadap perlindungan anak. ”karena anak adalah amanah dan merupakan titipan Allah, yang mempunyai hak dan martabat yang merupakan penerus bangsa dan diberikan kesempatan seluas-luasnya untuk tumbuh dan berkembang secara optimal baik fisik dan mental maupun sosial dan berahlak mulia perlu dilakukan supaya untuk mewujudkan kesejahteraan anak dengan memberikan jasminan terhadap hak-hak anak dan melakukan tanpa diskriminasi,” paparnya.

Menurut undang-undang 23 tahun 2002 pasal satu ayat satu disebutkan bahwa anak adalah seseorang yang belum berusia 18 tahun termasuk anak yang masih dalam kandungan, jelas Chifni. Lebih lanjut mantan Camat Selakau menerangkan beberapa hari yang lalu kita merasa prihatin dalam pemberitaan yang menyebutkan lebih kurang 404 ribu anak telantar yang terdapat di Kalbar dan sebagian termasuk di Kabupaten Sambas. “anak telantar sebagiman yang disebutkan dalam UU 23 tahun 2002 adalah anak yang tidak terpenuhi secara wajar baik fisik dan mental dan sosial. “oleh karena itu katanya masalah anak telantar merupakan kewajipan kita bersama baik masyarakat maupun pemerintah daerah, ”ujar Abah panggilan akrabnya.

ia mengajak kepada seluruh komponen masyarakat untuk bersama-sama menjaga dan melindungi anak terhadap hak-hak anak. “tentunya hak-hak anak khusus di kabupaten sambas agar tidak tereksploitasi baik material maupun sepritual,” ingatnya.

Menyusuri Jejak Kesultanan Sambas







Kesultanan SambasPusat pemerintahan Kesultanan Sambas terletak di sebuah kota kecil yang sekarang dikenal dengan nama Sambas. Untuk mencapai kota ini dapat ditempuh dengan kendaraan darat dari kota Pontianak ke arah baratlaut sejauh 175 km, melalui kota Mempawah, Singkawang, Pemangkat, dan Sambas.
Lokasi bekas pusat pemerintahan terletak di tepi kota Sambas. Di daerah pertemuan sungai Sambas, Sambas Kecil, dan Teberau, pada sebuah tempat yang oleh penduduk disebut Muare Ullakan (Desa Dalam Kaum) berdiri keraton Kesultanan Sambas. Sementara pusat pemerintahan Kesultanan Sambas terletak di daerah pertemuan sungai pada bidang tanah yang berukuran sekitar 16.781 meter persegi membujur arah barat-timur.

Pada bidang tanah ini terdapat beberapa buah bangunan, yaitu dermaga tempat perahu/kapal sultan bersandar, dua buah gerbang, dua buah paseban, kantor tempat sultan bekerja, bangunan inti keraton (balairung), dapur, dan masjid sultan.

Kesultanan  Sambas Bangunan keraton menghadap ke arah barat ke arah sungai Sambas. Ke arah utara dari dermaga terdapat Sungau Sambas Kecil, dan ke arah selatan terdapat Sungai Teberau. Di sekeliling tanah keraton merupakan daerah rawa-rawa dan mengelompok di beberapa tempat terdapat makam keluarga sultan.

Bangunan keraton yang lama dibangun oleh Sultan Bima pada tahun 1632 (sekarang telah dihancurkan), sedangkan keraton yang masih berdiri sekarang dibangun pada tahun 1933. Sebagai sebuah keraton di tepian sungai, di mana sarana transportasinya perahu/ kapal, tentunya di tepian sungai dibangun dermaga tempat perahu/kapal sultan bersandar. Dermaga yang terletak di depan keraton dikenal dengan nama jembatan Seteher. Jembatan ini menjorok ke tengah sungai. Dari dermaga ini ada jalan yang menuju keraton dan melewati gerbang masuk.

Gerbang masuk yang menuju halaman keraton dibuat bertingkat dua dengan denahnya berbentuk segi delapan dan luasnya 76 meter persegi. Bagian bawah digunakan untuk tempat penjaga dan tempat beristirahat bagi rakyat yang hendak menghadap sultan, dan bagian atas digunakan untuk tempat mengatur penjagaan. Selain itu, bagian atas pada saat-saat tertentu digunakan sebagai tempat untuk menabuh gamelan agar rakyat seluruh kota dapat mendengar kalau ada keramaian di keraton.

Kesultanan  Sambas Setelah melalui pintu gerbang yang bersegi delapan, di tengah halaman keraton dapat dilihat tiang bendera yang disangga oleh empat batang tiang. Tiang bendera ini melambangkan sultan, dan tiang penyangganya melambangkan empat pembantu sultan yang disebut wazir. Di bagian bawah tiang bendera terdapat dua pucuk meriam, dan salah satu di antaranya bernama Si Gantar Alam.

Sebelum memasuki keraton, dari halaman yang ada tiang benderanya, kita harus melalui lagi sebuah gerbang. Gerbang masuk ini juga terdiri dari dua lantai, tetapi bentuk denahnya empat persegi panjang. Lantai bawah tempat para penjaga yang bertugas selama 24 jam, sedangkan lantai atas dipakai untuk keluarga sultan beristirahat sambil menyaksikan aktivitas kehidupan rakyatnya sehari-hari.

Kesultanan  Sambas Setelah melalui gerbang kedua dan pagar halaman inti, sampailah pada bangunan keraton. Di dalam kompleks keraton terdapat tiga buah bangunan. Di sebelah kiri bangunan utama terdapat bangunan yang berukuran 5 x 26 meter. Pada masa lampau bangunan ini berfungsi sebagai dapur dan tempat para juru masak keraton. Di sebelah kanan bangunan utama terdapat bangunan lain yang ukurannya sama seperti bangunan dapur. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat Sultan dan pembantunya bekerja. Dari bangunan tempat Sultan bekerja dan bangunan utama keraton dihubungkan dengan koridor beratap dengan ukuran panjang 5,90 meter dan lebar 1,50 meter.

Di bagian dalam bangunan tempat Sultan dan pembantunya bekerja, tersimpan beberapa benda pusaka kesultanan, di antaranya singgasana kesultanan, pedang pelantikan Sultan, gong, tombak, payung kuning yang merupakan lambang kesultanan, dan meriam lele. Meriam lele yang jumlahnya tujuh buah hingga sekarang masih dianggap barang keramat dan sering diziarahi penduduk. Masing-masing meriam yang berukuran kesil ini mempunyai nama, yaitu Raden Mas, Raden Samber, Ratu Kilat, Ratu Pajajaran, Ratu Putri, Raden Pajang, dan Panglima Guntur.

Kesultanan  Sambas Bangunan utama keraton berukuran 11,50 x 22,60 meter. Terdiri atas tujuh ruangan, yaitu balairung terletak di bagian depan, kamar tidur sultan, kamar tidur istri sultan, kamar tidur anak-anak sultan, ruang keluarga, ruang makan, dan ruang khusus menjahit. Di bagian atas ambang pintu yang menghubungkan balairung dan ruang keluarga, terdapat lambang Kesultanan Sambas dengan tulisan "Sultan van Sambas" dan angkatahun 15 Juli 1933. Angka tahun ini merupakan tanggal peresmian bangunan keraton.

Di bagian dalam bangunan ini, pada kamar tidur Sultan tersimpan barang-barang khazanah Kesultanan Sambas, di antaranya tempat peraduan sultan, pakaian kebesaran, payung kesultanan, pedang, getar, puan, dan meja tulis Sultan. Pada bagian dinding terpampang gambar-gambar keluarga Sultan yang pernah memerintah Sambas. (rn)

LAGU LAGU SAMBAS

23 PELAJAR MALAYSIA KAJI KHASANAH MELAYU SAMBAS

3 Pelajar Universitas Malaya Malaysia melakukan penelitian akademi pengajian melayu di Sambas. Mereka melakukan pengkajian mulai Rabu (9/6) hingga Rabu (16/6). Pelajar negeri jiran itu sengaja menjadikan Sambas sebagai tujuan penelitian mendalami khasanah budaya dan seni melayu di Bumi Terigas.

Mereka didampingi satu dosen pembimbing, Dr Sudarsono. Kedatangan rombongan ke Sambas sudah disambut meriah dengan adat dan budaya melayu sambas. Musik tanjidor Nada Perantau Sekuduk dan Seni Zikir Taharan mengiringi langkah tamu menuju halaman Rumah Dinas Jabatan Bupati Sambas.

Ketua MABM dan beberapa tokoh masyarakat melayu lainnya melakukan budaya bepapas kepada ketua rombongan sekaligus dosen pembimbing dan beberapa perwakilan mahasiswa. Asisten II Setda Drs H Samingan Z MSi menyambut langsung rombongan didampingi Kadis Porabudpar, Sekretaris Bappeda, Perwakilan Camat Sambas, Muspika Sambas, beberapa pelaku budaya dan seni sambas, beberapa Kades dan orang tua angkat pelajar selama melakukan penelitian di Sambas.

Ramah tamah dipusatkan di Balairung Sari Rumah Dinas Jabatan Bupati Sambas, rombongan disuguhkan dengan menu makanan khas sambas, bubor paddas ditambah alunan lagu tanjidor seperti sungai sambas kebanjiran dan beberapa lagu melayu sambas lainnya. Bubor paddas mendapat hati dibeberapa pelajar negeri tetangga Indonesia itu. Beberapa dari mereka tidak segan-segan menambah porsi mencicipi menu itu.

Samingan dalam sambutannya mewakili Bupati Sambas mengucapkan selamat datang kepada semua rombongan. Dia berharap para pelajar betah dengan pelayanan yang disuguhkan Pemerintah Daerah dan Masyarakat Kabupaten Sambas. “Pemerintah Daerah Kabupaten Sambas mengucapkan selamat datang di Kabupaten Sambas Indonesia, Kami sangat menyambut baik penelitian yang dilakukan pelajar malaysia, ini artinya perkembangan khasanah budaya dan seni melayu kita mendapat perhatian yang cukup besar dari daerah lain,” ujar dia.

Mantan Camat Paloh ini meminta agar hasil penelitian nantinya juga disampaikan kepada Pemda. Itu lanjut dapat dijadikan sebagai bahan referensi terutama memperbaiki apa yang menjadi kelemahan. “Kita berharap ini dapat menjadi awal baik guna meningkatkan nilai-nilai khasanah budaya dan seni yang ada di Bumi Terigas,” jelas dia.

Tajili salah satu koordinator penyambutan tamu itu menjelaskan bahwa kegiatan para pelajar selama seminggu di Bumi Terigas telah dilakukan penjadwalan. Kegiatan pertama para pelajar jelas Tajili yang merupakan PNS di Dinas Porabudpar Sambas ini adalah kegiatan yang telah dipersiapkan masing-masing desa tempat pelajar menginap. “Kita juga menjadwalkan pelajar mengunjungi situs sejarah budaya sambas, yakni Istana Al-Watzikoebillah Sambas, mengunjungi makam ratu sepudak dan melihat seni tradisional otar-otar,” ungkap Tajili.

Pelajar itu dipastikan dia akan banyak diperkenalkan kepada seni budaya yang ada, seperti seni ratib di Sebadi, pertunjukkan alok gambang, dan berbagai variasi dialek bahasa melayu yang berbeda-beda. Bahkan tajili menjelaskan telah menyiapkan sebuah prosesi adat perkawinan melayu sambas. “Banyak lagi agenda kegiatan yang telah kita persiapkan hingga hari terakhir mereka disini, kita berharap ini dapat menjadi salah satu langkah promosi memperkenalkan budaya dan seni melayu agar go internasional lagi,” harap dia.

Minta PGRI Kampanyekan Sistem Pendidikan

Minta PGRI Kampanyekan Sistem Pendidikan


Bupati Sambas Ir H Burhanuddin A Rasyid meminta Persatuan Guru mengkampanyekan dan mendukung sistem pembangunan pendidikan di Kabupaten Sambas. Penegasan itu dia sampaikan saat membuka Konferensi Cabang PGRI Kec Sambas di SD 4 Nagur Sambas, Kamis (10/6). Pembukaan Konfercab dihadiri juga Kadis Pendidikan Sambas, Ketua PGRI Kab Sambas, beberapa undangan dan anggota PGRI Kec Sambas. “Pemerintah Daerah Kabupaten Sambas melalui Bappeda Sambas dan Dinas Pendidikan telah melakukan pengkajian ulang mengenai sistem pendidikan di Kab Sambas, ini harus mendapat dukungan seluruh anggota PGRI,” ujar dia.

Burhanuddin menyebutkan, pendidikan sudah harus dilakukan sejak dalam kandungan. Peran orang tua dalam hal ini lanjutnya menjadi penting. “Kita menginginkan sistem pendidikan di Sambas memiliki kekhasan, salah satunya kita harus memperhatikan pendidikan generasi muda kita sejak dari kandungan, karena ini sudah jelas dalam ajaran agama,” tegas dia.

Perkembangan globalisasi dan informasi teknologi sekarang ini dipaparkan Bupati menjadi kekhawatirannya tersendiri. Dampak negatif yang ditimbulkan kata Burhanuddin sekarang sudah terasa di Bumi Terigas. Beberapa kasus hukum terutama mengenai kenakalan remaja dan pergaulan bebas sudah terjadi. “Ini harus menjadi perhatian kita bersama, termasuk PGRI saya harapkan turut memerangi permasalahan tersebut,” tutur dia.

Selain menyampaikan beberapa informasi pembangunan, Mantan Penyuluh Pertanian ini mengingatkan agar wadah PGRI mampu mensejahterakan anggotanya. Dia minta agar persatuan benar-benar dimaknai. “Berikan teladan dan contoh yang baik, berikan pemahaman yang benar kepada seluruh anggota dan masyarakat,” papar dia.

Salah satu agenda Konfercab PGRI Kecamatan Sambas adalah pemilihan kepengurusan tahun anggaran baru. Bupati berharap kepengurusan yang baru dapat membawa PGRI menjadi organisasi yang kuat dan mampu membantu pemerintah memajukan pembangunan terutama dibidang Pendidikan.